SELANGOR

EXCO puji KKM laksana larangan merokok

2 Jan 2019, 9:03 AM
EXCO puji KKM laksana larangan merokok

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 JAN: Langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan larangan merokok di premis makanan, sejak 1 Januari lalu terus mendapat respon positif.

Terbaru, EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia sepatutnya dilaksanakan lebih awal kerana umum mengetahui rokok merbahayakan kesihatan.

Katanya, lebih membimbangkan ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan si perokok, malah turut mempengaruhi persekitaran.

"Saya menyokong jika ia diperluaskan lagi di tempat yang dicadangkan seperti dobi layan diri dan hotel kerana merokok akan memberi impak negatif terhadap orang sekeliling.

"Bagaimanapun, saya optimis penguat kuasaan dari KKM atau Pihak Berkuasa Tempatan lebih meluas dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam," katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, beliau berkata, penguat kuasaan di setiap premis perlu dilaksanakan sebaiknya supaya tiada lagi perokok yang merokok sewenang-wenangnya.

"Sama juga seperti undang-undang jangan membuang sampah merata-rata. Walaupun turut dikenakan kompaun, namun masih terdapat segelintir masyarakat tanpa segan silu melakukannya.

"Oleh itu, penguat kuasaan dilarang merokok di beberapa premis diharap dapat dilaksanakan secara agresif dan semoga masyarakat dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Terdahulu, semua premis makanan digazetkan sebagai tempat larangan merokok, selari Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Jika individu didapati melakukan kesalahan merokok di tempat larangan, boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619