NASIONAL

Tun M: Kerajaan sedia ukur sempadan perairan Malaysia-Singapura

5 Dis 2018, 7:03 AM
Tun M: Kerajaan sedia ukur sempadan perairan Malaysia-Singapura

SHAH ALAM, 5 DIS: Kerajaan bersedia mengukur sempadan perairan Malaysia dan Singapura bagi melihat sama ada benar kapal Malaysia menceroboh perairan republik itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita boleh ukur ia betul ke atau pun tidak, garisan mereka tu tak kena dan kita masih ada dalam kita punya own waters," kata Perdana Menteri secara ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Bhd (UPUS) kali ke-21 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan mengatakan Singapura membantah rancangan Malaysia memperluaskan had pelabuhan di Johor Bharu dan menyifatkannya sebagai menceroboh perairan wilayah berkenaan.

Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, pihaknya meminta Malaysia menarik semula cadangan untuk meluaskan pelabuhan sebagai mencerminkan kedaulatan Singapura berhubung perairan, sementara Malaysia mempertahankan diri daripada mengambil sebarang tindakan lanjut sebelah pihak.

Ia juga mendakwa kapal Malaysia turut melakukan pencerobohan ke dalam perairan wilayah republik itu sejak 2 minggu lepas di luar Pantai Tuas, terletak di barat negaranya.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619