SELANGOR

IPR: Hanya yang terbaik untuk rakyat

5 Dis 2018, 6:35 AM
IPR: Hanya yang terbaik untuk rakyat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 DIS: Kerajaan Negeri tidak akan membuat keputusan menyusahkan rakyat, sebaliknya sentiasa memikirkan kaedah dan pelaksanaan terbaik bagi manfaat semua.

EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, Kerajaan Negeri turut menyusun beberapa program lain untuk rakyat hasil penjimatan insentif air percuma.

"Tiada isu dalam program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sedangkan ia masih berjalan seperti biasa, malah lebih 40 program IPR masih dilaksanakan.

"Cuma ada beberapa program disejajarkan semula dan ditambah baik, contohnya Skim Peduli Sihat, yang turut ditawarkan Kerajaan Persekutuan melalui insurans, termasuk mengkaji Tabung Warisan Anak Selangor untuk diberikan kepada negeri lain.

"Bagi program pemberian air percuma, kita mengambil maklum bahawa golongan B40 lebih memerlukan, justeru kita menawarkan lebih meter padu kepada mereka kerana kita tahu nilai RM10 itu sangat besar ertinya," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, tindakan pensejajaran beberapa program IPR itu bagi meningkatkan kualiti program supaya dana dibelanjakan dapat diberikan secara terbaik kepada rakyat.

Semalam, Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menegaskan pensejajaran program IPR hanya membabitkan beberapa agenda sahaja, manakala selebihnya masih diteruskan seperti biasa.

Katanya, Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa strategi bagi memastikan ia diberdaya dari program pemberian kepada pemerkasaan untuk memastikannya lestari dan tidak membebankan pentadbiran akan datang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619