SELANGOR

80 pemaju disenarai hitam laksana pembangunan di Selangor

4 Dis 2018, 4:48 AM
80 pemaju disenarai hitam laksana pembangunan di Selangor

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 DIS: Sebanyak 80 pemaju disenarai hitam Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) daripada menjalankan pembangunan, di negeri ini.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, pemaju bermasalah berkenaan tidak lagi dibenarkan mendaftar pembangunan pemajuan mereka melalui Sistem Pendaftaran Pemaju (SPEM).

Katanya, ia sebagai langkah awal bagi memastikan pemaju tidak melaksanakan sebarang pembangunan, di Selangor.

"LPHS pernah menyenaraihitam dan mengedarkan nama Ahli Pengarah pemaju yang bermasalah kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan melalui carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

"Senarai hitam ini bertukar-tukar sehingga sekarang dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai halangan jika ia dipamerkan dalam laman sesawang LPHS," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong, pada sidang Dewan Negeri Selangor, di sini.

Pada masa sama, Haniza berkata, SPEM dikuat kuasa bermula pada 2007 dan sehingga November tahun ini, jumlah pemaju perumahan berdaftar di LPHS adalah 1,426 membabitkan 2,495 projek.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619