SELANGOR

Tiada caj untuk straw plastik

4 Dis 2018, 4:08 AM
Tiada caj untuk straw plastik

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 DIS: Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengenakan caj ke atas penggunaan penyedut minuman plastik yang akan dikuat kuasakan larangannya, pada 2019.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, penyedut minuman tidak akan diberi secara 'default' kepada pelanggan, sebaliknya hanya diberi jika diminta.

Bagaimanapun, beliau menyarankan pengguna untuk membawa straw ‘stainless steel’ yang dijual di pasaran.

"Pada masa ini, kita tidak bercadang untuk mengenakan caj ke atas penggunaan penyedut minuman plastik.

"Pelaksanaan ini juga selaras hasrat Kerajaan Persekutuan supaya premis makanan tidak lagi memberi (straw) secara automatik," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Pandamaran, Leong Tuck Chee, pada sidang Dewan Negeri Selangor, di sini.

Loy Sian berkata, larangan itu berkuat kuasa ke atas semua premis makanan termasuk restoran, kopitiam dan gerai makanan, di seluruh Selangor.

Kerajaan Negeri akan mengeluarkan notis berkenaan larangan itu kepada semua pemilik premis melalui Pihak Berkuasa Tempatan yang dijangka dikeluarkan, pada Disember ini sementara pelaksanaannya, pada Januari 2019.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619