SELANGOR

RM18 juta diperuntuk baik pulih rumah terbengkalai

29 Nov 2018, 3:04 AM
RM18 juta diperuntuk baik pulih rumah terbengkalai

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 29 NOV: Sebanyak RM18 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) untuk membantu memulihkan projek terbengkalai di negeri.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, bagaimanapun peruntukan terbabit hanya tertakluk kepada projek tanpa lesen dan juga di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Katanya, setakat ini terdapat tiga projek rumah terbengkalai sedang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri.

"Ia termasuk di Permatang, Kuala Selangor, Projek Melayu Rasa dan Sungai Chong, yang kedua-duanya terletak di Kuala Kubu Bharu.

"Untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri melantik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai perunding pengurusan projek untuk menjalankan kerja baik pulih," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Haniza berkata, Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari turut turun padang ke tapak perumahan terbengkalai yang terletak di Hulu Selangor.

Pada September lalu, Amirudin melalui Program Jelajah Maju Bersama turun padang ke Kampung Melayu Rasa, Kuala Kubu Bharu bagi mendengar permasalahan penduduk yang menderita hampir 20 tahun lamanya akibat projek perumahan terbengkalai.

Justeru, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membantu penduduk kampung berkenaan daripada segi infrastruktur dengan kos membabitkan RM4 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619