BERITA UTAMA

Penjawat awam hargai & gembira bantuan khas kewangan sebulan gaji

24 Nov 2018, 3:04 AM
Penjawat awam hargai & gembira bantuan khas kewangan sebulan gaji
Penjawat awam hargai & gembira bantuan khas kewangan sebulan gaji
Penjawat awam hargai & gembira bantuan khas kewangan sebulan gaji

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 24 NOV: Penjawat awam terharu dengan bantuan khas kewangan sebulan gaji seperti diumumkan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari pada pembentangan Belanjawan Selangor 2019.

Penjawat Awam, Nurhamizah Othman berkata, bantuan kewangan itu sememangnya dinantikan penjawat awam di Selangor.

"Penjawat awam juga banyak bertungkus-lumus sepanjang setahun dalam membantu Kerajaan Negeri dan masyarakat.

"Sumbangan ini seharusnya dipuji dan saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana tidak pernah melupakan jasa penjawat awam," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Penjawat Awam, Mohd Fontenza Mohd Rawi berkata, pengumuman bantuan khas kewangan itu di luar jangkaan memandangkan prestasi hasil ekonomi kini agak menurun.

"Saya amat berterima kasih kepada Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari kerana sering memberi berita gembira kepada penjawat awam setiap kali pembentangan Belanjawan Selangor," katanya.

Selain itu, Penjawat Awam, Siti Fairus Mahd Sah berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Dato' Menteri Besar kerana terus memberi kepercayaan kepada penjawat awam.

Terdahulu, Amirudin menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2019 mengumumkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam yang akan dibayar pada 20 Disember depan yang akan memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM34.53 juta.

Amirudin berkata, bantuan khas kewangan berkenaan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri terhadap keazaman penjawat awam untuk menunaikan tanggungjawab dan kecekapan mereka mentadbir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619