BERITA UTAMA

BELANJAWAN'19: Sebulan gaji bantuan khas kewangan penjawat awam

23 Nov 2018, 10:38 AM
BELANJAWAN'19: Sebulan gaji bantuan khas kewangan penjawat awam

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri menghadiahkan khabar gembira kepada penjawat awam dengan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan tambahan satu bulan gaji.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari mengumumkannya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2019.

Amirudin berkata, bantuan khas kewangan berkenaan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri terhadap keazaman mereka untuk menunaikan tanggungjawab dan kecekapan mereka mentadbir.

"Alhamdulillah sepanjang lima bulan ini saya memikul amanah sebagai Menteri Besar, saya merasa terharu dengan sokongan serta dokongan penjawat awam.

"Justeru, sebagai suatu rangsangan supaya penjawat awam melonjakkan lagi prestasi mereka suatu pembayaran bantuan khas kewangan tambahan satu bulan gaji.

"Kecekapan dan keazaman mereka ini menjadi inspirasi kepada saya untuk berusaha lebih kuat demi rakyat dan negeri ini," katanya.

Amirudin berkata, bantuan khas kewangan berkenaan akan dibayar pada 20 Disember depan memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM34.53 juta.

"Saya dan pimpinan negeri berikrar dalam Dewan Yang Mulia ini akan memastikan Negeri Selangor terus unggul sebagai sebuah negeri kosmopolitan yang sentiasa maju ke hadapan.

"Ia sekali gus berupaya berentap sebagai aktor ekonomi mahupun budaya di rantau Asia Tenggara dan teguh prihatin dengan nasib rakyat yang memerlukan pembelaan," katanya.

Jun lalu, seramai 17,109 penjawat awam di negeri itu menikmati bantuan khas Aidilfitri sebanyak sebulan gaji sebagai meringankan beban kewangan dalam membuat persiapan perayaan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619