SELANGOR

RM4.96 juta perkasa generasi muda dan PeBT

23 Nov 2018, 10:27 AM
RM4.96 juta perkasa generasi muda dan PeBT

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri mencadangkan peruntukan RM4.96 juta bagi tujuan pemerkasaan generasi muda dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) bagi 2019.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, salah satu Dasar Belia yang akan diberi penekanan adalah Teras Keusahawanan dan Pekerjaan dengan penyediaan pelbagai insentif kepada belia di Selangor untuk menjadi usahawan berjaya.

"Kerajaan Negeri juga mahu merangsang aktiviti keusahawanan belia dengan memberi bantuan perniagaan yang disediakan kepada generasi muda.

"Aktiviti kesukanan yang melibatkan Generasi Muda Program Pesta Sukan Generasi Muda Selangor (GEN-S) akan diperluaskan dengan melibatkan belia- belia di universiti, kolej, serta sekolah-sekolah di seluruh Negeri Selangor dengan mengekalkan Teras Kesukanan dan Kecergasaan.

"Program #YouthPower bakal melahirkan Ikon Generasi Muda yang berwibawa dan meneruskan legasi yang berjaya dengan gabungan Pendidikan (Kemahiran) dan Usahawan Muda," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2019 (Belanjawan'19) di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Menurutnya, Kerajaan Negeri turut mencadangkan penganjuran Jelajah Muafakat Anak Muda ke setiap daerah dengan aktiviti kempen jauhi Dadah adalah memberi fokus kepada anak-anak muda di kampung dan desa.

Bagi memartabatkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Kerajaan Negeri mencadangkan supaya Blueprint Pembangunan Generasi Muda 2018-2022 diwujudkan untuk dijadikan asas gerak kerja PeBT serta dijadikan panduan dalam pembangunan generasi muda Negeri Selangor pada masa akan datang.

Inisiatif ini akan melibatkan pemegang taruh yang berkaitan di dalam pembangunan generasi muda Selangor dan pemimpin Penggerak Belia Tempatan yang berada di peringkat akar umbi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619