SELANGOR

Bonus Kerajaan Selangor, tunggu dulu...

22 Nov 2018, 2:58 AM
Bonus Kerajaan Selangor, tunggu dulu...

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 22 NOV: Kerajaan Negeri sedang membuat perkiraan berkenaan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan melalui Belanjawan Selangor 2019.

Justeru, Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berharap semua pihak sabar menunggu pengumuman itu.

"Tunggu dulu, mana boleh saya umumkan lagi," katanya ringkas kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Fasa 2A Pangsapuri Kos Sederhana di Lot 69831, di sini, semalam.

Sebelum ini, melalui Belanjawan Selangor 2018, bekas Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pernah mengumumkan pemberian Insentif Khas Kewangan atau bonus sebanyak tiga bulan.

Katanya, bonus berkenaan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada jasa dan komitmen penjawat awam yang menjalankan amanah sehingga membantu kejayaan pembangunan ekonomi Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619