AGENDA

Penjawat awam Selangor terima bantuan kewangan dua bulan

15 Nov 2024, 9:45 AM
Penjawat awam Selangor terima bantuan kewangan dua bulan

SHAH ALAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2024 sebanyak dua bulan kepada semua penjawat awam yang akan dibayar secara berperingkat.

Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari berkata BKK pertama akan dibayar pada 30 Disember ini dan seterusnya pada 25 Mac 2025 sempena sambutan Aidilfitri.

"Pada tahun ini, kita mencapai beberapa rekod yang boleh kita bangga tanpa mengira haluan politik. Untuk keseluruhan 2023, Selangor menjadi negeri pertama merekodkan nilai ekonomi mencecah RM400 billion, iaitu sebanyak RM406.1 billion.

"Malah, nilai dan pungutan hasil melebihi sasaran dari tahun ke tahun meskipun melalui pandemik Covid-19. Kedudukan kewangan negeri turut meningkat sebanyak RM751 juta kepada RM4.36 billion," katanya.

Amirudin menambah, kejayaan itu merupakan hasil tekad, usaha, dan komitmen seluruh pasukan termasuk semua kakitangan pihak berkuasa tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619