PENDIDIKAN

Latihan OSH elak kebakaran tahfiz

22 Nov 2018, 2:33 AM
Latihan OSH elak kebakaran tahfiz
Latihan OSH elak kebakaran tahfiz

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 22 NOV: Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) optimis latihan Keselamatan dan Kesihatan (OSH) terhadap pusat tahfiz dapat mengelak berlaku lagi kes kebakaran.

Pengurus MSOSH, Azwadi Mokhtar berkata, latihan OSH itu dapat memberi pengetahuan kepada penghuni pusat tahfiz cara menyelamatkan diri jika berlaku kejadian tidak diingini, di persekitaran mereka.

"MSOSH adalah badan bukan kerajaan yang sudah lama memperjuangkan isu keselamatan dan kesihatan, di banyak tempat.

"Sebelum ini, MSOSH pernah melaksanakan program seperti ini di beberapa pusat tahfiz, namun bukan secara besar-besaran. Hari ini, kita komited menjayakannya dengan pembabitan pelbagai pihak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis 'flag-off' Malaysia Book Of Records: Occupational Safety and Health (OSH) in Tahfiz 2018, di Padang Kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini, semalam.

Terdahulu, Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM bekerjasama MSOSH, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan McDonalds’s Malaysia menganjurkan latihan OSH bagi 22 pusat tahfiz, sekitar Selangor.

Malaysia Book Of Records berjaya dilakar menerusi program terbesar membabitkan 1,217 pelajar tahfiz.

Selain itu, ia turut membabitkan kolaborasi antara pelajar FKE UiTM seramai 236 dan pelajar Universiti Selangor (10).

Antara pengisian program di pusat tahfiz terbabit adalah aktiviti latihan pengenalan elektrik, latihan pengungsian bangunan, pertolongan cemas dan keselamatan kanak-kanak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619