SELANGOR

Inovasi teras utama APPC

16 Nov 2018, 5:46 AM
Inovasi teras utama APPC

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 16 NOV: Kerajaan Negeri meletakkan inovasi sebagai teras utama yang perlu dicapai dalam penilaian Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, anugerah itu dilaksanakan dua tahun sekali bertujuan menilai prestasi dan mengiktiraf kecemerlangan organisasi sektor awam, di Selangor.

Katanya, APPC adalah medium mewujudkan persaingan sihat antara jabatan atau agensi, di pentadbiran Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi sistem pentadbiran dan kualiti penyampaian perkhidmatan secara berkesan.

"Saya percaya menjadi satu kewajipan kepada penjawat awam, di negeri ini mengorak langkah ke hadapan dalam amalan dan pembudayaan inovasi supaya perkhidmatan diberikan berkualiti serta seiring teknologi terkini.

"Sebagai ketua perkhidmatan awam di Selangor, saya sentiasa mengingatkan ketua jabatan untuk sentiasa mendorong dan memotivasikan organisasi masing-masing ke arah pembudayaan inovasi yang cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Selangor 2018, di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Sambil menyifatkan hasil projek inovasi ciptaan agensi awam di Selangor berdaya saing, Mohd Amin berkata, ia jelas terbukti apabila produk terbabit sudah berjaya menempa nama sehingga ke peringkat antarabangsa.

Katanya, jika dahulu masing-masing gentar menonjolkan diri dalam pembudayaan inovasi di jabatan, namun kini menyaksikan perubahan ketara.

"Ini semua atas dorongan dan insentif kemenangan yang meuar-uarkan bagi menyemarakkan inovasi di Selangor, sekali gus memberi manfaat kepada banyak pihak serta mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Kita menawarkan ganjaran RM178,000 untuk Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam, manakala RM146,000 pula untuk direbut bagi Anugerah Inovasi Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619