NASIONAL

Maszlee lepas jawatan Presiden UIAM akhir bulan ini

12 Nov 2018, 11:51 PM
Maszlee lepas jawatan Presiden UIAM akhir bulan ini
Maszlee lepas jawatan Presiden UIAM akhir bulan ini

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) selepas pelantikan penggantinya selesai akhir bulan ini.

"Sebenarnya saya telahpun memutuskan untuk melepaskan jawatan Presiden UIAM iaitu sebaik selepas istiadat konvokesyen UIAM berakhir dan proses pelantikan pengganti saya selesai. Saya percaya proses pelantikan pengganti akan selesai akhir November,” katanya dalam akaun Twitter beliau malam tadi.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menasihatkan ​​​​​​Maszlee supaya melepaskan jawatan presiden itu dengan segera.

Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan dan parti telah membuat keputusan itu namun Anggota Parlimen Simpang Renggam itu meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.

Maszlee berkata beliau menghormati keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Kabinet dan seruan Muhyiddin berhubung isu jawatan itu.

Maszlee dilantik sebagai presiden UIAM ketujuh bagi penggal tiga tahun pada September lepas setelah diperkenankan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah. Beliau menggantikan Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.

Bagaimanapun, banyak pihak mempersoalkan pelantikan beliau ke jawatan itu antaranya ia bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk membebaskan institusi pendidikan daripada pengaruh politik.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619