NASIONAL

Malaysia tinjau peluang buka universiti di Indonesia

10 Jan 2019, 4:43 AM
Malaysia tinjau peluang buka universiti di Indonesia
Malaysia tinjau peluang buka universiti di Indonesia

JAKARTA, 10 JAN: Kementerian Pendidikan Malaysia meninjau peluang untuk membuka cawangan universiti awamnya di Indonesia yang mempunyai lebih 260 juta penduduk.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, program lawatan kerja pertamanya ke Indonesia sejak menerajui kementerian itu juga bagi meningkatkan kerjasama pendidikan sedia ada antara kedua-dua negara.

"(Dalam lawatan kerja ini) kita akan melihat ruang dan peluang yang boleh ditawarkan kepada pendidikan Indonesia.

"(Antaranya) ruang yang boleh diterokai untuk membina atau menubuhkan cawangan universiti kita, di Indonesia," katanya selepas mengadakan lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, di sini, hari ini, lapor BERNAMA.

Selain itu, Dr Maszlee berkata, beberapa universiti di Indonesia juga menyatakan minat mereka untuk membuka cawangan, di Malaysia.

Dr Mazlee dijadual bertemu dengan rakan sejawatnya, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy, untuk perbincangan lanjut berhubung misi lawatannya itu, esok.

Pada lawatan kerja dua hari itu, Dr Maszlee juga akan mengadakan lawatan ke Universitas Muhammadiyah Prof Dr Hamka dan Tzu Chi School selain mengadakan perjumpaan bersama pelajar Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619