SELANGOR

FAS tawar jersi serendah RM20 di Jelajah 360° Smart Selangor

12 Nov 2018, 8:36 AM
FAS tawar jersi serendah RM20 di  Jelajah 360° Smart Selangor
FAS tawar jersi serendah RM20 di  Jelajah 360° Smart Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 12 NOV : Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menawarkan jersi serendah RM20 sempena Jelajah 360° Smart Selangor di Batang Kali, minggu ini.

Jurucakap FAS berkata, biasanya jersi pasukan bola sepak itu dijual diantara RM90 hingga ke RM100, namun kini peminat boleh mendapatkannya dengan harga lebih murah.

"Ia bukan setakat murah tetapi jualan rugi buat FAS, namun demi peminat, kami menjualnya dengan harga 'gila-gila'.

"Bagi yang ingin mendapatkannya, silalah berkunjung ke Jelajah 360° Smart Selangor bertempat di Oasis Street Mall, Batang Kali, Hulu Selangor bermula 17 hingga 18 November akan datang," katanya kepada SelangorKini.

Tambah menarik, pada program kali ini, FAS juga akan mengadakan sesi 'Meet & Greet' Session bersama pemain bola sepak.

Wakil tersebut memaklumkan, antara pemain dijangkakan hadir termasuk Kannan Kalaiselvan dan Khairulazhan Khalid.

"Kali ini kami bawakan khas pemain Selangor kerana mahu mendekati peminat-peminat di kawasan luar bandar kerana biasanya mereka bertemu peminat di kawasan bandar.

"Jadi kepada penduduk di Hulu Selangor, jangan lepaskan peluang keemasan ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619