SELANGOR

Skim Peduli Sihat dan KISS terus dapat sambutan rakyat

12 Nov 2018, 6:58 AM
Skim Peduli Sihat dan KISS terus dapat sambutan rakyat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 NOV: Skim Peduli Sihat berjaya mendaftarkan 362,000 keluarga melibatkan 1.45 juta orang sejak Januari 2018 sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Selgate Corporation Sdn Bhd, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata, jumlah itu melepasi sasaran 250,000 keluarga ditetapkan Kerajaan Negeri sebelum ini dengan purata bayaran balik tuntutan RM3.3 juta setiap bulan.

"Sejak Januari sehingga kini, kita merekodkan 628,000 jumlah tuntutan bayaran dengan perbelanjaan yang sudah dilunaskan berjumlah RM32.2 juta.

"Secara purata, kita membayar RM3.3 juta setiap bulan kepada pusat perubatan berdaftar dengan kita. Buat masa ini permohonan pendaftaran masih dibuka kepada keluarga yang berminat," katanya kepada SelangorKini.

Bagi program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), setakat ini seramai 39,448 ahli berdaftar dengan sasaran 40,000 penerima manfaat.

Noor Hisham berkata, pihaknya sudah membelanjakan RM48.7 juta sejak Januari 2018 sehingga kini.

Sempena Belanjawan Negeri 2019 beliau berharap program ini diteruskan kerana memberikan manfaat besar kepada rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619