NASIONAL

Wang Tabung Harapan tiada kaitan dengan Belanjawan 2019

2 Nov 2018, 12:33 PM
Wang Tabung Harapan tiada kaitan dengan Belanjawan 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Wang Tabung Harapan tidak ada kaitan dengan Belanjawan 2019, kata Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Sebaliknya beliau berkata, tabung berkenaan tidak mempunyai tujuan tertentu melainkan hanya membantu Kerajaan menyelesaikan masalah hutang negara.

"Kerajaan akan gunakan duit berkenaan sebijak mungkin," katanya dalam sidang media selepas Sesi Pembentangan Belanjawan 2019, hari ini.

Melalui laman facebook rasmi Kementerian Kewangan, sehingga kini Tabung Harapan berjaya mengumpul sebanyak RM196,604,966.68 sejak mula dilancarkan pada 30 Mei lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619