NASIONAL

Ketiadaan Tun M di Rantau, tidak perlu cetus spekulasi - MB

15 Apr 2019, 7:30 AM
Ketiadaan Tun M di Rantau, tidak perlu cetus spekulasi - MB

OLEH NADIAH ZAMLUS

BESTARI JAYA, 15 APR: Ketiadaan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sepanjang proses Pilihan Raya Kecil Rantau tidak perlu diperbesarkan dan dijadikan spekulasi, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, perkara terbabit tidak menjadi masalah berikutan sebelum ini Tun juga tidak hadir ke PRK Sungai Kandis.

"Namun ia langsung tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi sebaliknya Tun hadir ke PRK Semenyih dan PRK Cameron Highlands.

"Kehadiran Tun sebenarnya bergantung kepada keperluan semasa, saya yakin beliau sedang bekerja keras untuk memulihkan negara," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertanyaan media ekoran spekulasi ketiadaan Tun Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu itu sepanjang proses berlangsungnya PRK Rantau.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, beliau yakin kekuatan Pakatan Harapan (PAKATAN) masih lagi padu.

"Sekarang sudah ada bibit-bibit kejayaan apabila kertas kerja FELDA sudah dibentangkan, dan banyak lagi masih dalam proses baikpulih.

"Memang keputusan atau kejayaan masih belum nampak, ini kerana kesemua pemimpin ada keutamaan pada negara," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619