BERITA UTAMA

Charles Santiago pengerusi baru SPAN

1 Nov 2018, 11:19 AM
Charles Santiago pengerusi baru SPAN

CYBERJAYA, 1 NOV: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baharu, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar menerusi kenyataan dikeluarkan SPAN.

Suruhanjaya itu berkata, pelantikan Charles bagi menggantikan pengerusi terdahulu, Datuk Liang Teck Meng yang meletakkan jawatannya, pada 27 April lalu.

"Pelantikan ini diharap dapat menyuntik iltizam bagi melaksanakan tanggungjawab dan objektif SPAN dalam merealisasikan polisi industri perkhidmatan air negara.

"Ini termasuk memandu SPAN bagi memastikan sistem kawal selia dinamik dan progresif untuk menggalakkan pembangunan serta mengurus impak industri perkhidmatan air terhadap masyarakat juga persekitarannya," katanya.

Pada masa sama, SPAN turut mengucapkan terima kasih kepada Teck Meng atas sumbangan, pengalaman dan idea bernasnya ke arah mencapai aspirasi, visi serta misi suruhanjaya terbabit.

SPAN dipertanggungjawabkan mengawal selia industri perkhidmatan air berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006 (Akta 655) yang berkuat kuasa, pada 1 Januari 2008.

Ia berperanan menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air serta perkhidmatan pembetungan, di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya juga Labuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619