SELANGOR

Malaysia belum sedia guna e-voting

1 Nov 2018, 3:57 AM
Malaysia belum sedia guna e-voting

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 1 NOV: Sistem e-voting yang diguna pakai dalam Pemilihan KEADILAN 2018 dilihat masih belum sesuai dilaksanakan dalam pilihan raya umum, di negara ini.

Ahli Dewan Negeri Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli berkata, hal itu kerana tahap keselamatan dan kerahsiaan pengundian boleh dipertikaikan menerusi pelaksanaannya.

Katanya, kaedah itu juga memudahkannya terdedah kepada ancaman siber, sekali gus boleh menggagalkan proses pengundian.

"sistem itu perlu lebih cekap dan memudahkan urusan semua pihak ketika mengendalikan tugasan, selaras tujuan ia diwujudkan, justeri ia perlu ditambah baik sebelum boleh dilaksanakan sepenuhnya," katanya kepada Selangorkini.

Sementara itu, ketika mengulas berkenaan pemilihan parti, beliau berkata, jawatankuasa bertanggungjawab perlu meletakkan petugas yang mempunyai pengetahuan dalam multimedia supaya segala isu berbangkit dapat diatasi.

"Saya menyokong usaha penambahbaikan sistem e-voting ini dengan beberapa ciri keselamatan dan memastikan internet berjalan lancar ketika pengundian dijalankan," katanya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619