SELANGOR

Baiki capaian internet sebelum laksana e-voting

5 Nov 2018, 2:10 AM
Baiki capaian internet sebelum laksana e-voting

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 5 NOV: Capaian akses internet perlu diperbaiki dahulu jika Suruhanjaya Pilihan Raya mahu melaksanakan sistem e-voting, pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin berkata, kerajaan perlu memastikan capaian internet dapat diakses, pada tahap terbaik supaya tidak timbul masalah semasa hari pengundian.

"Pelaksanaan sistem e-voting amat baik, namun isu utamanya adalah capaian internet yang masih terlalu rendah di beberapa kawasan, di negara ini terutama luar bandar.

"Kita sedia maklum sistem e-voting tetap boleh dilaksana walaupun tidak mempunyai akses internet, namun apabila mahu mengakses data keanggotaan dan laporan pengundian, ia tetap memerlukan capaian internet," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau turut memuji KEADILAN yang melaksanakan sistem e-voting, pada pemilihan parti kali ini kerana ia antara mekanisme pengurusan elektronik terbaik selain menjimatkan masa.

"E-voting adalah satu sistem yang cukup baik kerana hasil ciptaannya mendepani masa, justeru saya cadangkan supaya ia diuruskan oleh golongan profesional," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619