SELANGOR

Sampah haram: JAS tidak akan berkompromi

31 Okt 2018, 8:55 AM
Sampah haram: JAS tidak akan berkompromi
Sampah haram: JAS tidak akan berkompromi

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 31 OKT: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor tidak akan berkompromi terhadap isu pembuangan sampah haram yang kini semakin berleluasa.

Pengarah JAS Selangor, Siti Zaleha Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas individu terbabit dengan pembuangan sampah haram yang menjadi punca utama berlakunya pembakaran terbuka.

"Aktiviti pembuangan sampah haram ini, harus dihentikan segera dan pihak yang membuang sampah perlu mempunyai kesedaran tinggi.

"Pihak yang membuang sampah secara haram demi meraih keuntungan perlu mengambil serius risiko seperti pencemaran alam sekitar dan gangguan kepada penduduk setempat sehingga menyebabkan bau busuk," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara peringkat Selangor 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Kuda, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) perlu mengambil tindakan menghalang mana-mana lori melupuskan pembuangan sampah di tempat yang tidak dibenarkan bagi mengelak ia terus berleluasa.

"Sekiranya terdapat masalah pencemaran di tempat tersebut, pemilik tanah mesti diarahkan oleh PBT dan PTD untuk membuat kerja pembersihan supaya tiada sampah dibiarkan di situ atau buat penutupan selamat bagi mengelakkan pencemaran.

"Orang ramai boleh membuat aduan berkenaan pembuangan sampah haram kepada JAS, namun PBT akan menguruskannya kerana pengurusan sampah adalah di bawah bidang kuasa mereka," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619