NASIONAL

E-Voting: Langkah progresif depani teknologi, keputusan pantas

31 Okt 2018, 4:14 AM
E-Voting: Langkah progresif depani teknologi, keputusan pantas

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 31 OKT: Pelaksanaan pengundian elektronik (e-voting) dalam pemilihan KEADILAN disifatkan sebagai satu langkah progresif ke arah mendepani cabaran teknologi moden.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Zawawi Mughni berkata, sistem berkenaan mampu mempercepatkan proses pengundian dan keputusan dapat diketahui dengan lebih pantas.

"Kalau dahulu kita terpaksa mengira undi sehingga jam 4 pagi, tetapi melalui pengenalan sistem ini keputusan diketahui selepas sejam.

"Saya melihat pelaksanaan di beberapa buah negeri, misalnya Selangor berjalan agak baik, jika timbul permasalahan sekali pun mungkin hanya kes terpinggir yang boleh ditangani Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) terhadap kelemahan terbabit," katanya ketika ditemui SelangorKini pada Forum Ilmuwan Muslim (FIM), baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau berpendapat, penambahbaikan secara menyeluruh perlu dibuat daripada semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaannya tidak dipersoal pihak lain.

"Sistem ini masih dalam proses penambahbaikan, malahan pihak JPP sedang memperkemas sistem ini daripada sudut pelaksanaan, petugas-petugas dan kod etika supaya ia menjadi lebih baik.

"Malah, tiada yang sempurna dalam sistem demokrasi setiap negara, sebaliknya ia harus melalui proses penambahbaikan berterusan seperti 'snowball', supaya pemilihan seterusnya berjalan sempurna.

"Segala kelemahan dan pandangan diberi pihak tertentu juga perlu diambil tindakan segera untuk pembaharuan bagi menjamin pemilihan masa hadapan yang lebih berkesan serta berintegriti," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619