GLOBAL

3 maut dirempuh kereta api di New Delhi

29 Okt 2018, 6:49 AM
3 maut dirempuh kereta api di New Delhi

NEW DELHI, 29 OKT: Tiga maut dirempuh sebuah kereta api ekspres Bikaner-Delhi di New Delhi, hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap Northern Railways berkata, kejadian berlaku apabila ketiga mangsa menceroboh landasan kereta api berhampiran stesen Nangloi.

Sebelum ini, syarikat kereta api milik negara itu merancang memasang pagar di sepanjang landasan ekoran kemalangan, pada awal bulan menyaksikan 61 terbunuh di utara Punjab.

Menurut data, kira-kira 50,000 orang maut ketika menyeberangi landasan kereta api, di India antara 2015 dan 2017.

Kereta api adalah rangkaian pengangkutan terbesar di India, menyediakan 9,000 perkhidmatan selain membawa 23 juta penumpang setiap hari.

Kebanyakan nahas kereta api berlaku di negara itu ekoran penggunaan infrastruktur ketinggalan zaman.

Pada 2015, Kerajaan India mengumumkan peruntukkan US$137 bilion untuk menaik taraf kemudahan landasan bagi tempoh lima tahun.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619