NASIONAL

835,000 kg lebihan makanan dikumpul menerusi projek perintis Food Bank

25 Okt 2018, 4:40 AM
835,000 kg lebihan makanan dikumpul menerusi projek perintis Food Bank

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Sebanyak 835,000 kilogram lebihan makanan telah dikumpul melalui projek perintis bagi program Food Bank Malaysia sejak Ogos yang memanfaatkan 25,000 anggota isi rumah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata projek itu telah dilaksanakan di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru setakat ini.

"Projek ini merupakan inisiatif peduli rakyat, meningkatkan kesedaran pengguna bagi menyediakan makanan sekadar yang perlu, dan membantu pihak berkaitan dalam pengurusan lebihan makanan secara sistematik," katanya menjawab pertanyaan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata antara rakan strategik kementerian yang turut serta dalam projek ini ialah Tesco, AEON, TF Value Mart, Mydin, Lulu Hypermarket, Econsave, 99 Speedmart, Food Aid Foundation, Kechara Food Bank dan Mutiara Food Bank.

Beliau turut mengajak semua anggota Parlimen membantu memberikan sumbangan tenaga dan memperkenalkan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan yang mahu turut serta dalam projek ini.

Program tersebut dijadual akan dilancarkan Januari depan.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619