SELANGOR

Tubuh Majlis Tindakan OKU, beri lebih tumpuan

17 Okt 2018, 6:31 AM
Tubuh Majlis Tindakan OKU, beri lebih tumpuan
Tubuh Majlis Tindakan OKU, beri lebih tumpuan

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI, 17 OKT: Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Tindakan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai pemantau dan pemikir dalam usaha memperkasakan golongan berkenaan secara komprehensif.

EXCO Kesihatan, Pemerdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Majlis Tindakan OKU itu terdiri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), badan bukan kerajaan (NGO), pihak kerajaan dan jawatankuasa kesihatan dan pendidikan.

Katanya, bermula tahun depan, Kerajaan Negeri akan merencanakan dan memberi tumpuan lebih kepada golongan berkenaan.

"Kita menjangkakan dalam tempoh lima tahun ini, golongan OKU ini dapat diperkasakan secara menyeluruh bagi membantu mereka menjalani kehidupan seperti orang biasa.

"Kerajaan Negeri mahu golongan OKU ini tidak kira bagaimana kategorinya diberi perhatian dari lahir, kanak-kanak, remaja, belia dan warga emas.

"Tumpuan ini dari segi pendidikan awal, kesihatan dan pekerjaan," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan program 'Roadtour Early Intervention (EIP) di RHR Hotel Uniten, di sini.

Sementara itu, Pengarah JKM Selangor, Mohammad Hanafi Maulud berkata, pihaknya menyambut baik usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri itu.

Katanya, penubuhan Majlis Tindakan OKU itu juga mereformasikan era golongan OKU dari segi dasar, pelan dan aktiviti bakal dilaksanakan.

"Saya percaya majlis ini dapat merangka dasar dan pelan holistik dari segi kategori OKU dan aspek golongan ini.

"Kita akan memastikan golongan ini terus diperkasa dengan mengamalkan dasar 'dari mana ke mana', iaitu mengambil penekanan dari bayi hingga warga emas," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619