EXCO

Waspada jangkitan malaria, tingkat pencegahan

30 Jun 2020, 4:11 AM
Waspada jangkitan malaria, tingkat pencegahan

SHAH ALAM, 30 JUN: Masyarakat dinasihatkan terus mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengurangkan risiko jangkitan malaria walaupun tiada kes baharu dicatatkan, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata orang ramai perlu mengelakkan aktiviti luar pada waktu malam namun sekiranya perlu disarankan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang.

"Setakat ini tiada kes baharu tetapi mengambil langkah pencegahan lebih baik kerana kita bimbang ketika dunia dilanda pandemik Covid-19, kes malaria turut sama meningkat. Itu yang kita tidak mahu," kata beliau ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau turut menasihatkan individu yang mempunyai simptom demam, sejuk dan menggigil juga perlu ke pusat kesihatan bagi mendapatkan rawatan susulan.

Baru-baru ini, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat mengesan 14 kes malaria membabitkan 13 warga asing dan seorang rakyat tempatan di Ampang.

Jangkitan itu berpunca daripada seorang pekerja Indonesia di tapak pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Klang yang mendapat jangkitan dari negara asalnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619