NASIONAL

'Buggy' bantu pengundi di Kampung Baru Si Rusa

13 Okt 2018, 3:17 AM
'Buggy' bantu pengundi di Kampung Baru Si Rusa
'Buggy' bantu pengundi di Kampung Baru Si Rusa

OLEH NADIAH ZAMLUS

PORT DICKSON, 13 OKT: Pengundi Kampung Baru Si Rusa menarik nafas lega berikutan pusat mengundi di situ menyediakan perkhidmatan 'buggy' buat mereka.

Tinjauan SelangorKini mendapati, rata-rata warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) menggunakan perkhidmatan itu untuk ke bilik mengundi yang terletak kira-kira 200 meter dari pintu masuk Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa.

Salah seorang warga emas, Radziah Ariffin, 67 berkata, dia gembira kerana kerajaan menyediakan kemudahan buat orang tua sepertinya.

"Kaki makcik selalu sakit, bila dapat naik kereta sebegini, barulah lega sedikit tak perlu jalan jauh-jauh," katanya.

Salah seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di situ memberitahu, sebanyak dua 'buggy' disediakan di sekolah berkenaan.

"Perkhidmatan ini juga disediakan di beberapa tempat lain, ia bermula dari jam 8 pagi hingga tamat mengundi pada jam 5.30 petang nanti," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619