NASIONAL

Lima calon bebas hilang deposit

13 Okt 2018, 1:58 PM
Lima calon bebas hilang deposit
Lima calon bebas hilang deposit
Lima calon bebas hilang deposit

OLEH NADIAH ZAMLUS

PORT DICKSON, 13 OKT: Kelima-lima calon bebas hilang deposit selepas bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.

Katanya, calon tersebut termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang memperolehi undi sebanyak 4,207 undi.

"Begitu juga bagi Saiful Bukhari Azlan, 82 undi, Lau Seck Yan, 214, Kan Chee Yuen 154 dan Stevie Chan, 353.

"Namun calon Pas, Mohd Nazari Mokhtar tidak kehilangan deposit kali ini," katanya dalam sidang media selepas pengumuman PRK Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), hari ini.

Pada masa sama, Azhar berkata, kesemua calon bebas menjalankan kempen selama 14 hari dengan baik dan lancar.

"Ia membuktikan amalan demokrasi matang dan saya berharap supaya amalan ini akan diteruskan dengan baik dalam pilihan raya seterusnya," katanya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619