SELANGOR

Jelajah Maju Bersama diteruskan ke Gombak, Sabak Bernam

6 Okt 2018, 12:27 AM

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 OKT : Program Jelajah Maju Bersama yang dilancarkan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari akan diteruskan ke Gombak dan Sabak Bernam tidak lama lagi.

Amirudin berkata, namun ia akan ditangguhkan sementara waktu selepas tamat Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan sekembalinya beliau dari Timur Tengah.

"Saya akan meneruskan jelajah ini selepas selesai lawatan di Timur Tengah yang akan bermula Isnin hadapan," katanya kepada media selepas Majlis Hi-Tea di Hotel Concorde, semalam.

Jelajah Maju Bersama merupakan pendekatan Amirudin yang menjadi mata dan telinga, sekali gus mencari penyelesaian tuntas terhadap permasalahan rakyat di Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri akan memastikan setiap daerah tidak tercicir dalam enam kluster pintar sedia ada yang membabitkan pendidikan, pekerjaan, perumahan, kekeluargaan, kesihatan dan kebajikan.

Sebelum ini Amirudin sudahpun menggerakkan siri jelajahnya ke dua daerah iaitu Hulu Selangor dan Sepang.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619