SELANGOR

Menteri Besar bakal jumpa menteri bincang isu kilang plastik

6 Okt 2018, 12:50 AM
Menteri Besar bakal jumpa menteri bincang isu kilang plastik

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 OKT: Kerajaan Selangor akan mengambil langkah lebih tegas bagi menangani permasalahan kilang plastik di negeri ini.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, disebabkan itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, dalam masa terdekat.

"Daripada menghantar surat kepada kementerian, saya rasa lebih baik Kerajaan Selangor terus berjumpa bagi membincangkan langkah komprehensif dengan pihak kementerian.

"Perbincangan itu akan mengkhususkan kepada pemberian lesen import (AP) dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis Hi-Tea bersama pengamal media di Hotel Concorde, semalam.

Sebelum ini SelangorKini melaporkan Amirudin akan menghantar surat kepada kerajaan Persekutuan supaya tidak lagi membenarkan kemasukan sisa plastik terutama dalam bentuk pukal yang besar.

Pada masa sama, beliau juga memberikan kebebasan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan sekiranya wujud skandal kilang plastik tersebut.

"Itu SPRM sudah boleh siasat bila-bila masa sahaja, dan langkah Kerajaan Negeri amat jelas, kilang ini perlu ditutup kerana kesannya amat parah kepada alam sekitar," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619