SELANGOR

Tapak Pasar Pandamaran jadi institut belajar memandu

3 Okt 2018, 2:20 AM
Tapak Pasar Pandamaran jadi institut belajar memandu
Tapak Pasar Pandamaran jadi institut belajar memandu

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 3 OKT: Memahami keperluan dan kehendak penduduk sekitar bagi lokasi belajar dan membuat lesen memandu, Institut Memandu Uji Niaga Sdn Bhd mengambil inisiatif menjadikan Tapak Pasar Pandamaran untuk dijadikan institut memandu.

Institut itu dirasmikan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang, Dato' Mohamad Yasid Bidin dan turut dihadiri Pengarah JPJ Selangor, Rizal Zaidi serta Ketua Pelesenan Bahagian JPJ negeri, Datuk Azhar Mohd Esa.

Mohamad Yasid berkata, penubuhan itu mendatangkan pelbagai manfaat kepada penduduk setempat termasuk peluang perniagaan di kawasan berhampiran dan bakal menjadi tumpuan pengunjung luar.

"Dengan adanya latihan pemanduan profesional yang diberikan oleh tenaga pengajar, ia sekali gus membentuk sikap pemanduan berhemah kepada mereka.

"Seterusnya dapat mengurangkan kadar kemalangan melalui latihan dan pembelajaran secara teori serta praktikal yang cekap kepada para pelatih," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau berkata, pembukaan institut memandu ini juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Sementara itu, Penasihat Syarikat Uji Niaga Sdn Bhd, Azhar Mohd Esa, berharap penubuhan institut itu dapat menarik lebih ramai pelatih dan hubungan yang baik dapat dibina antara pihak institut dengan mereka.

Majlis perasmian terbabit turut dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan bantuan kepada beberapa badan-badan kebajikan berdekatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619