ad
SELANGOR

Kuih bulan comel buat penduduk Seri Kembangan

2 Okt 2018, 4:52 AM
Kuih bulan comel buat penduduk Seri Kembangan
Kuih bulan comel buat penduduk Seri Kembangan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 2 OKT: Unik, lebih 1,000 kuih bulan dengan bentuk kartun popular seperti Doraemon dan Mickey Mouse diedar kepada penduduk Seri Kembangan, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, edaran kuih itu diberikan sempena Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Katanya, ia merupakan antara perayaan terpenting selain Perayaan Tahun Baru Cina.

"Ia disambut bagi meraikan kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan.

"Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengedarkan kuih bulan di Pasar Pagi Seri Kembangan.

Hian Wah berkata, beliau turut mengedarkan lebih 6,000 kuih bulan kepada penduduk di kawasannya pada minggu lalu.

"Pengedaran kuih ini amat penting, ia bukan sekadar memberi orang ramai kuih percuma, tetapi di situ terdapat ramai suku kaum etnik Hakka yang begitu menitikberatkan Perayaan Festival Kuih Bulan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.