SELANGOR

Suri rumah main peranan penting, tak perlu rendah diri

30 Sep 2018, 10:29 AM
Suri rumah main peranan penting, tak perlu rendah diri
Suri rumah main peranan penting, tak perlu rendah diri

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 30 SEPT: Suri rumah yang bekerja di rumah seperti pengasuh tidak perlu merendah diri kerana golongan itu memberi sumbangan yang besar untuk membina keluarga, masyarakat dan negara.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, golongan suri rumah juga layak mendapat pengiktirafan kerajaan dengan menyediakan pelbagai insentif untuk mereka.

"Penghargaan kepada puan-puan yang menjaga anak-anak selama ini tidak diberikan pengiktirafan mana-mana pihak sedangkan kita semua tahu suri rumah adalah tenaga pembangunan negara yang sangat besar.

"Antaranya pendapatan mereka tidak termasuk dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau produktiviti negara dan sebab itu kami pimpinan wanita Pakatan Harapan (PAKATAN) memang memikirkan bagaimana cara menghargai peranan besar mereka mendidik anak sendiri dan anak wanita lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian program Kursus Instensif perkembangan kanak-kanak (KIPK) di Hotel Crystal Crown di sini, hari ini.

Siti Mariah berkata, menyedari hal ini, Kerajaan Persekutuan dan Negeri berusaha mengiktirafan kepada golongan suri rumah dengan mengadakan pelbagai inisiatif kepada golongan itu.

Katanya, antara inisiatif terbabit dengan melancarkan skim i-Suri di mana merupakan peringkat pertama untuk kerajaan menyediakan jaringan keselamatan kepada wanita yang bekerja di rumah.

Katanya lagi, selain i-Suri, Kerajaan Negeri pula menyediakan insentif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kursus Instensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK).

KIPK merupakan program melahirkan suri rumah yang bekerja sebagai pengasuh terlatih di rumah masing-masing dengan lebih selamat dan teratur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619