GLOBAL

MB: Sedia bantu mangsa tragedi gempa dan tsunami Sulawesi

29 Sep 2018, 3:13 AM
MB: Sedia bantu mangsa tragedi gempa dan tsunami Sulawesi

SHAH ALAM 29 SEPT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menyatakan perasaan dukacita atas perkhabaran tragedi tsunami di Palu, Sulawesi.

Dalam Twitternya beliau mendoakan agar penduduk di Palu tabah dalam menghadapi dugaan ini.

"Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan bantuan kemanusiaan dalam masa yang terdekat untuk membantu mangsa tragedi tsunami ini," tulis Amirudin.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 30 maut apabila gempa bumi disusuli tsunami melanda Palu di pulau Sulawesi, Indonesia, semalam.

Angka kematian itu dilaporkan oleh Metro TV yang memetik pihak hospital tempatan.

Dalam video yang dirakamkan malam tadi, doktor Komang Adi Sujendra, berkata 30 penduduk terkorban dan sudah dibawa ke hospital, lokasi beliau bertugas.

Foto Sumber: BBC NEWS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619