GLOBAL

PM Sweden disingkirkan, kerajaan baru masih samar

25 Sep 2018, 9:28 AM
PM Sweden disingkirkan, kerajaan baru masih samar

STOCKHOLM 25 SEPT: Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven, hilang undi percaya di Parlimen hari ini, yang bermakna beliau terpaksa meletak jawatan, tetapi pembentukan kerajaan baru masih samar susulan tiada parti menguasai majoriti.

Undian pada 9 September lalu memberikan blok politik diketuai Lofven sebanyak 144 kerusi, lebih satu daripada yang diperoleh pembangkang, Alliance.

Sementara Sweden Democrats yang antipendatang dengan 62 lerusi, juga menyokong undian menyingkirkan Lofven.

Penganalisis menjangka Speaker Parlimen akan memilih pemimpin Parti Moderate, parti Alliance terbesar, Ulf

Kristersson, untuk cuba membentuk kerajaan baru.

Dengan Alliance cuma minoriti, beliau memerlukan sokongan sama ada daripada Sweden Democrats, yang dipinggirkan semua pihak sejak ia memasuki Parlimen pada 2010, atau parti berhaluan sederhana.

Parti Social Democrats pimpinan Lofven menolak menyokong kerajaan Alliance.

Pemimpin Sweden Democrats, Jimmie Akesson, mengulangi hari ini partinya akan menumbangkan mana-mana kerajaan yang tidak menyatakan pendirian mengenai imigresen, penjagaan kesihatan, pencen dan dasar jenayah.

“Jika Ulf Kristersson mahu menjadi Perdana Menteri, ia cuma akan berlaku dengan bantuan saya,” kata Akesson kepada televisyen Sweden.

Pakatan parti berhaluan sederhana, liberal dan Christian Democrats berkata ia tidak akan berunding dengan mereka.

Lofven akan mengetuai kerajaan peralihan sehingga pentadbiran baru dibentuk.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619