SELANGOR

MB: Pendekatan baharu perkasa pelaksanaan KISS

16 Sep 2018, 7:19 AM
MB: Pendekatan baharu perkasa pelaksanaan KISS
MB: Pendekatan baharu perkasa pelaksanaan KISS
MB: Pendekatan baharu perkasa pelaksanaan KISS

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BATU CAVES, 16 SEPT: Kerajaan Negeri akan mengambil pendekatan baharu bagi memperkasa agenda pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss).

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal itu kerana pihaknya menerima beberapa maklum balas terdapat lebihan permohonan, walaupun program berkenaan sudah ditutup selepas mencapai sasaran ditetapkan dalam belanjawan tahun ini iaitu 40,000 penerima.

Bagaimanapun katanya, kuota permohonan KISS sudah memenuhi jumlah maksimum walaupun ia diakui menerima sambutan menggalakkan daripada kaum ibu, di Selangor.

“Kerajaan Negeri menetapkan tiada tambahan bajet tahun ini, tetapi kita akan akan melihat kaedah dapatan sumber lain seperti sokongan dana daripada anak syarikat bagi menampung kekurangan dan lebihan permohonan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas Majlis Perasmian Hari Malaysia, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, di sini, hari ini.

Sebelum itu, EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud menegur sesetengah pihak yang dilihat cuba mengeksploitasi inisiatif KISS untuk kepentingan tertentu.

Katanya, permohonan program bantuan KISS itu ditutup memandangkan sudah memenuhi kuota 40,000 pemohon seperti peruntukan dalam belanjawan lalu.

Perkara itu harus dihentikan kerana bakal mengundang persepsi negatif terhadap Ahli Dewan Negeri (ADN) yang sepatutnya berperanan meluluskan permohonan terbabit.

Mariah turut memberi amaran untuk memperketatkan syarat permohonan supaya tidak membenarkan aktivis-aktivis menawarkan permohonan secara terus kepada pemohon jika eksploitasi itu berterusan.

Mengulas berhubung peruntukan bajet tambahan tahun hadapan, Amirudin berkata, tiada jaminan mengenai perkara terbabit memandangkan Kerajaan Negeri masih di peringkat penyelarasan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

"Kita masih dalam proses timbal balik secara keseluruhan untuk semua program IPR bagi mengoptimumkan keberkesanannnya daripada (Empathy-to-Empower) iaitu pemberian kepada pemerkasaan atau pemberdayaan.

"Untuk tempoh 10 tahun IPR dilaksanakan, ia adalah masa yang terbaik untuk kita menyelaraskan semula semua program ini sejajar dengan matlamat dan sampai ke golongan sasaran," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619