SELANGOR

Henti eksploitasi permohonan KISS

16 Sep 2018, 2:53 AM
Henti eksploitasi permohonan KISS

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 16 SEPT: EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud menegur sesetengah pihak yang dilihat cuba mengeksploitasi inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk kepentingan tertentu.

Menurutnya, permohonan program bantuan KISS itu ditutup memandangkan sudah memenuhi kuota 40,000 pemohon seperti peruntukan di dalam belanjawan lalu.

"Saya sudah memaklumkan pada Ahli Dewan Negeri (ADN) dan aktivis beberapa minggu lalu supaya tidak lagi menawarkan permohonan KISS kerana telah mencapai kuota 40,000 penerima.

“Jadi sehingga akhir tahun ini, tiada lagi penawaran untuk permohonan program KISS , jadi tidak adil jika kita terus tawarkan kepada mereka terutama yang layak bila mana kuota peruntukan asal telah dipenuhi," katanya dipetik Sinar Harian.

Siti Mariah yang juga ADN Seri Serdang berkata, beliau kesal kerana timbul dakwaan sesetengah pihak yang masih menawarkan permohonan KISS kepada orang ramai kebelakangan ini.

“Saya harap pihak terbabit hentikan eksploitasi sedemikian kerana bukan sahaja beri harapan palsu kepada pemohon, malah akan memberikan impak negatif kepada para ADN dan usaha kerajaan.

“Jika perkara ini berterusan, mungkin kita akan ketatkan proses permohonan (bagi peruntukan akan datang) seperti tidak lagi membenarkan aktivis-aktivis menawarkan permohonan secara terus kepada pemohon,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619