SELANGOR

Jelajah IPR Paya Jaras dapat sambutan hangat

15 Sep 2018, 7:37 AM
Jelajah IPR Paya Jaras dapat sambutan hangat
Jelajah IPR Paya Jaras dapat sambutan hangat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 15 SEPT: Program Jelajah Inisiatif Peduli Rakyat ke kampung sekitar Paya Jaras yang dilancarkan Pusat Khidmat Masyarakat di DUN itu mendapat sambutan di luar jangkaan.

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, hal itu terbukti menerusi kejayaan mendaftarkan lebih 170 peserta baru, pada program yang diadakan hari ini.

"Tujuan program ini ialah supaya mereka yang layak menyertai pelbagai skim IPR tidak tercicir kerana kadang kala maklumat berkenaannya tidak sampai ke golongan sasaran.

"Program hari ini sahaja menyaksikan lebih 170 orang mendaftar dan kita jangkakan lebih banyak borang bakal diterima," katanya pada Program Jelajah IPR, di Dewan Mini RTC di Kampung Paya Jaras, di sini.

Turut diadakan penyerahan Kad Peduli Sihat, dialog dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Pada masa sama, Mohd Khairuddin berkata, program Jelajah IPR itu akan diteruskan di kampung lain secara berperingkat.

Katanya, pengundi di Paya Jaras perlu mengambil peluang berkongsi kekayaan dimiliki Selangor.

"Setakat ini, dianggarkan lebih 15,000 penerima manfaat IPR direkodkan di seluruh Paya Jaras sejak ia mula dilancarkan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619