BERITA UTAMA

MB mahu mantapkan pembangunan orang asal

14 Sep 2018, 10:39 AM
MB mahu mantapkan pembangunan orang asal
MB mahu mantapkan pembangunan orang asal

OLEH NORHAYATI UMOR

SEPANG, 14 SEPT: Kerajaan Negeri akan memantapkan lagi pembangunan orang asal, di Selangor bagi memastikan kaum berkenaan terus terbela.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sesuai dengan perkembangan baru pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri akan menjalin kolaborasi untuk menambah baik hal itu.

"Pastinya kita akan berbincang apa yang boleh dilakukan untuk memberi nilai tambah kepada keperluan orang asal, di negeri ini.

"Kerajaan Negeri tidak meminggirkan kaum ini kerana mereka sebahagian daripada pembangunan dan kemajuan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Rumah di bawah Program Baikpulih Rumah, Kampung Orang Asal Bukit Bangkong, di sini.

Pada majlis itu, Amirudin menyerahkan tiga unit rumah kepada tiga penerima bernilai RM50,000 di bawah peruntukan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Terdahulu, tiga unit rumah itu dibaik pulih selepas mengalami pelbagai kerosakan dan terbakar.

Sementara itu, penerima Johari Ahmad, 38 berkata penantian selama lapan tahun berakhir apabila rumah yang dinantikan siap sepenuhnya.

"Saya bersyukur dan gembira kerana dapat rumah baru. Sudah sekian lama keluarga dan ibu saya menunggu rumah ini.

"Saya memang berasal dari kampung ini dan rumah sebelum ini juga dalam keadaan sangat daif.

"Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada JAKOA dan Kerajaan Negeri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619