PBT

MPSJ cadang laluan alternatif ke USJ

8 Sep 2018, 5:58 AM
MPSJ cadang laluan alternatif ke USJ

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencadangkan tiga laluan alternatif kepada pengguna jalan raya menuju ke USJ, ekoran penutupan Jalan Arah Klang susulan pengurusan lalu lintas di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dengan Persiaran Kewajipan, bermula 18 Ogos lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik​​​​nya, Azfarizal Abdul Rashid berkata, jalan alternatif itu membabitkan kenderaan dari arah Lapangan Terbang Subang dan Lebuhraya Baru Lembah Klang melalui Kelana Link turun ke Bulatan Kewajipan terus Persiaran Tujuan serta USJ.

"Selain itu, pemandu boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Baru terus ke Persiaran Tujuan dan USJ.

"Kenderaan dari Lebuhraya KESAS dari arah Kuala Lumpur masuk ke Susur Pertama (USJ 1) (selepas bayar tol Sunway KESAS) terus ke Persiaran Subang Mewah, Persiaran Subang Indah dan Destinasi USJ," katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau berharap laluan alternatif itu dapat memudahkan pemandu yang menuju ke USJ, sekali gus melancarkan perjalanan ke destinasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619