SELANGOR

DAP wakili seluruh rakyat Malaysia

8 Sep 2018, 1:04 AM
DAP wakili seluruh rakyat Malaysia
DAP wakili seluruh rakyat Malaysia

OLEH HAFIZAN TAIB

BALAKONG, 8 SEPT: Berbanding MCA, calon Pakatan Harapan (PAKATAN) daripada DAP, Wong Siew Ki, adalah calon pilihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong kerana mewakili seluruh rakyat, di Selangor.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, langkah DAP menggunakan logo PAKATAN adalah bukti jelas menggambarkan pendirian parti itu yang tidak mengamalkan perkauman dan mengutamakan kepentingan semua rakyat pelbagai bangsa dan agama.

"Kita gunakan logo PAKATAN untuk menunjukkan mewakili semua rakyat Malaysia sejak DAP ditubuhkan, pada 1966.

"Ia juga menggambarkan PAKATAN sebagai simbol kepada empat parti iaitu KEADILAN, DAP, Bersatu dan Amanah untuk seluruh rakyat, di negara ini.

"MCA gunakan logo sendiri dan tidak berani gunakan simbol dacing Barisan Nasional kerana mereka tahu tiada harapan. MCA hanya sebuah parti mewakili satu kaum sahaja," katanya pada Grand Finale Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bijak membuat pilihan dengan mengekalkan PAKATAN dan menolak MCA, pada PRK kali ini.

Beliau juga melihat dirinya sebagai pemimpin yang mewakili seluruh rakyat Malaysia apabila kerajaan PAKATAN mengambilalih pentadbiran negara.

"Saya rakyat Malaysia berbangsa Cina betul tetapi mengutamakan rakyat Malaysia," katanya.

PRK Balakong diadakan hari ini menyaksikan satu lawan satu antara calon PAKATAN, Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619