NASIONAL

Kerajaan bakal kaji semula Dasar Utama Nasional

7 Sep 2018, 7:21 AM
Kerajaan bakal kaji semula Dasar Utama Nasional
Kerajaan bakal kaji semula Dasar Utama Nasional

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Dasar Utama Nasional akan dikaji semula untuk memastikan pembangunan ekonomi negara yang mampan dan pengagihan lebih adil.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) antara 2021 hingga 2025 akan memfokuskan strategi pembangunan lebih terperinci dan komprehensif.

“Dengan prospek ekonomi kukuh, kita boleh menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara dan ASEAN.

“Bangaimanapun, kita mesti terus mengukuhkan pentadbiran bersifat responsif demi mengukuhkan institusi dan mekanisme di ASEAN, dengan memberi penekanan kepada teras seperti kepimpinan wanita, keusahawanan muda serta pemberdayaan perniagaan juga perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Majlis Makan Tengahari Persidangan Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2018 (SIBS), di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Katanya, statistik sejak Januari hingga Julai tahun ini menunjukkan Malaysia mengeksport RM162 bilion secara keseluruhan kepada negara ASEAN mewakili lebih 28 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport negara.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Malaysia juga mengimport RM127 bilion dari ASEAN, bersamaan suku daripada jumlah keseluruhan eksport.

"Sektor pembuatan dan perkhidmatan dinamik akan terus menarik pelaburan dari syarikat global.

"Bagaimanapun, situasi ini akan menjadi lebih baik jika negara mengambil langkah menambah baik institusi, kemudahan selain memperkasakan kemahiran tenaga kerja," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619