SELANGOR

DUN: Tindakan penguatkuasaan bersepadu pantau aktiviti mineral

5 Sep 2018, 3:17 AM
DUN: Tindakan penguatkuasaan bersepadu pantau aktiviti mineral

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 SEPT: Kerajaan Negeri mahu tindakan bersepadu dilaksanakan membabitkan semua agensi dalam mengendalikan aktiviti penguatkuasaan, pengurusan dan pemantauan sumber mineral di negeri ini.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sebelum ini, Selangor menjadi peneraju dalam mengamalkan sistem e-doket yang berfungsi mengesan pergerakan lori dan masalah ketirisan pendapatan.

"Sistem e-doket yang digunakan berfungsi mengesan pergerakan lori, pemerhatian, cerapan dan pemantauan.

"Namun, penguatkuasaan secara berjadual akan turut dilaksanakan dan kita akan merujuk Pejabat Tanah dan Daerah," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (Taman Templer), di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri menyokong penuh tindakan bersepadu semua agensi supaya aktiviti pengkuarian dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Pada masa sama, Amirudin berkata, pendapatan Kerajaan Negeri menerusi hasil penjualan kuari meningkat setiap tahun.

Katanya, ia membabitkan sebanyak RM24.66 juta (2014), RM48.99 juta (2015), RM36.20 juta (2016), RM51.94 juta (2017) dan setakat Julai 2018 sebanyak RM31.26 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619