NASIONAL

Peguam Negara perlu beri penjelasan segera - Azmin

4 Sep 2018, 7:18 AM
Peguam Negara perlu beri penjelasan segera - Azmin

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 SEPT: Pejabat Peguam Negara perlu memberi penjelasan segera berhubung pembebasan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penjelasan itu penting supaya tidak timbul tafsiran yang boleh merosakkan persepsi umum terhadap institusi jabatan terbabit.

"Saya percaya peguam negara akan membuat penjelasan berhubung isu ini," katanya ketika ditemui media di lobi Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah terbabit.

Dalam laporan itu, SPRM menegaskan keputusan menarik balik kes rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo terbabit dibuat Pejabat Peguam Negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619