SELANGOR

Kerajaan Negeri naik taraf Wifi luar bandar

4 Sep 2018, 4:34 AM
Kerajaan Negeri naik taraf Wifi luar bandar

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Negeri sedang menambahbaik sistem pembangunan jaringan Wifi percuma bagi kawasan luar bandar.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, Wifi Smart Selangor menampakkan peningkatan prestasi saban tahun, sejak dimulakan pada Disember 2015.

"Kini Kerajaan Negeri sedang membuat liputan tambahan bagi kawasan luar bandar, bagaimanapun tidak dinafikan kegagalan mencapai talian Wifi di kawasan luar bandar kerana kekurangan liputan.

"Untuk tujuan peningkatan sistem rangkaian Wifi ini juga, kerjasama turut dilakukan antara Smart Selangor dan Telekom Malaysia (TM) selaku penyedia rangkaian internet utama di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Burong, Dato' Mohd Shamsudin Lias, pada sesi soalan lisan berhubung sistem Wifi Smart Selangor yang didakwa masih lemah bagi kawasan luar bandar, di Dewan Annex, di sini.

Isu sama turut dibangkitkan ADN Taman Templer, Mohd Sany Hamzan juga mahu Kerajaan Negeri memberi perhatian terhadap lima kawasan pembangkang bagi meningkatkan tahap jalur lebar Wifi.

Pada masa sama, Loy Sian yang juga ADN Kajang berkata, Smart Selangor juga sudah membangunkan rangkaian digitalnya sendiri walaupun bekerjasama dengan TM.

"Ia bagi membolehkan liputan terus meluas di kawasan luar bandar dan dijangkakan antara 2015 hingga 2020, kita akan selesaikan masalah talian Wifi yang masih rendah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619