SELANGOR

Quickwins: 235 kampung bakal terima Wifi percuma

7 Jun 2018, 2:16 AM
Quickwins: 235 kampung bakal terima Wifi percuma

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 JUN : Projek Quickwins bakal diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi merancakan lago pembangunan jaringan Wifi percuma, di Selangor.

Exco Pemberdayaan Generasi Muda & Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Amirudin Shari berkata, kemudahan itu bakal dinikmati 253 kampung tradisi, di bawah projek baru berkenaan.

"Kemudahan asas perlu dipertingkatan dengan jaringan Wifi perlu segera disediakan kepada 253 kampung yang belum memiliki Wifi percuma.

"Ia akan dilaksanakan melalui projek Quickwins untuk masyarakat desa kekal berhubung dengan perkhidmatan internet," katanya.

Sebanyak 3,588 perkhidmatan jaringan Wifi Smart Selangor diwujudkan sejak mula dilaksanakan, pada Disember 2015 sehingga Disember 2017.

Perkhidmatan itu menyediakan kelajuan internet minima 1Mbps untuk kawasan dengan sambungan optik fiber dan maksima 1Mbps bagi kawasan jalur lebar ADSL atau rangkaian 3G/4G.

Perkhidmatan itu disediakan bagi merapatkan jurang digital negeri, terutama di kawasan pinggir bandar untuk kemudahan pelajar, golongan berpendapatan rendah dan masyarakat desa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619