GLOBAL

Angkasawan guna jari tutup lubang ISS elak malapetaka lebih besar

2 Sep 2018, 1:55 AM
Angkasawan guna jari tutup lubang ISS elak malapetaka lebih besar

MOSCOW 2 SEPT: Tindakan pantas seorang angkasawan Eropah mengesan kebocoran Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan menggunakan jarinya menutup lubang tersebut berjaya mengelakkan risiko yang tidak dijangka kepada beberapa lagi rakan setugasnya di dalam stesen tersebut.

Agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos memberitahu, tekanan udara di (ISS) berjaya dipulihkan ke tahap sepatutnya selepas kebocoran dibaiki kelmarin dan keselamatan dan kesihatan tiga kru Amerika Syarikat (AS), dua Rusia serta seorang dari Jerman tidak terancam.

Kebocoran tersebut dikesan pada Khamis lalu dengan lubang kecil terbentuk pada kapsul Soyuz milik Rusia yang berlabuh di stesen tersebut dipercayai akibat kerosakan bahan atau hentaman mikrometeorit.

Keretakan kecil dipercayai bersaiz 2 milimeter lebar di dalam stesen angkasa bernilai AS$150 bilion (RM617 bilion) itu disedari angkasawan selepas tekanan udara menurun.

Angkasawan dari Agensi Angkasa Lepas Eropah, Alexander Gerst dilaporkan menggunakan jarinya menutup lubang itu terlebih dulu sebelum kru melekatkan pita pelekat dan dibuktikan berkesan.

Ini bukan kali pertama ISS mengalami kebocoran kerana ia pernah berlaku pada tahun 2007 di kapsul Harmoni pada seksyen AS namun pegawai mengatakan ia tidak menyebabkan kebimbangan.

ISS mempunyai keluasan 7,898.8 meter persegi dan ia mengorbit Bumi dengan jarak 402 hingga 426 kilometer (km) tinggi pada sudut 51.6 darjah selain mengembara sejauh 27,744 kilometer per jam.

SUMBER: AGENSI

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619