SELANGOR

Ayuh bersama kibar Jalur Gemilang - ADN Dengkil

27 Ogos 2018, 10:04 AM
Ayuh bersama kibar Jalur Gemilang - ADN Dengkil
Ayuh bersama kibar Jalur Gemilang - ADN Dengkil

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEPANG, 27 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Dengkil Adhif Syan Abdullah mengingatkan penduduk di kawasannya supaya mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan negara ke 61, tahun ini.

Katanya, ia adalah sebagai tanda patrotisme dan kecintaan waganegara kepada tanah air, Malaysia.

"Jangan lupa untuk kibarkan bendera ini di rumah dan juga kedai, tidak ketinggalan institusi pendidikan juga perlu melakukannya.

"Kita perlu menunjukkan semangat patriotisme kita," katanya ketika merasmikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Kolej Vokasional Sepang (KVS), hari ini.

Sementara itu, Adhif dalam ucapannya berkata, pendidikan kemahiran adalah salah satu cabang pendidikan terbaik memandangkan industri kini sedang mencari individu yang berkemahiran serta pakar dalam bidang tertentu.

"Kemahiran seiring dengan akademik memberikan nilai tambah buat penuntut kolej vokasional.

"Saya doakan semua pelajar dipermudahkan urusan dan dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619